Sunday, October 3, 2010

wedding of fairy tales~



Aku terpana!!
yupe...perkahwinan anak perempuan NAZA sangat la fairy tales!!!
Dah bercampur adat melayu dengan omputih pon ada aku tengok...
tapi mang sangat MAHAL la wedding diarong ni..
haish..entah kenapa aku tetiba excited fikir pasal wedding ceremony..hoho
bukan la nak menggatal..
aku sedar, aku nh degree pon xda lagi dalam tangan....
dapur pon setahun sekali masuk..
macam mana la nak kahwin..tak makan la bakal laki aku nanti..hoho
but im still like other normal girl..
mesti terfikir pasal wedding...
Dah siap fikir colour tema, dekat mana nak buat event, tema event n bla bla..
satu ja aku tak fikir..pengantin lelaki..ahaks!!
tak guna juga kalau dah ada semua tapi pengantin lelakinya tak da..kya~
Takpela, kalau ada jodoh..ada la pengantin lelakinya itu...hehehe...

Saturday, October 2, 2010

Ombak Rindu~

Happy dapat chat dengan my babe after more than one month i think..
it was a bit awkward pada mulanya, mb sbab lama xchat..but then bila start cita sal ombak rindu the movie..hah, rasa cm chat face to face je..hehe
Bercakap pasal Ombak Rindu..
yes, im freaking excited!!!Rasa cam bunga api meletup-letup..hoho
One of my favourite novels of all time...
Ingat lagi dulu berangan, "kan best kalau ada orang buat movie novel ombak rindu"..
tup tap tup tap..my dream comes true!!!
Tapi agak dissapointed sedikit di situ coz pelakon dia tak seperti yang diharap..
I mean seriously maya Karin as Izzah???Tak sesuai langsung kot..
No doubt she's a good actress..but her face langsung tak sesuai kot..cakap melayu pon pelat omputih kot..For me Izzah tu ala2 perempuan melayu terakhir...
kalau la yang jadi izzah tu Tiz Zaqiah ka..Lisa surihani ka...ha, baru la sesuai..
takpala, hope Maya berjaya jadi budak kampung..
Hero pulak, walaupon aku berharap sangat Fahrin yang jadi Hariz, tapi Aaron pon okey la...
Anyway, can't wait for the movie..
hope the movie as good as the novel..

(P/S:can't wait for Nur Kasih the movie also^^)

Tuesday, September 21, 2010

Dua dunia

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza...]

raya oh raya~

aish..bila datang mood nak tulis blog, idea mencurah-curah ke ladang gandum..
bila malas, idea macam musim kemarau je...hoho
kali ni pasal raya..
bila sebut ja raya, hati berbunga-bunga, meletup-letup macam bunga api..
sebulan sebelum raya sudah fikir baju raya color apa, nak kasut raya matching la..
puasa pon belum habis kot..
tiket balik kampung awal2 lagi dah habis..
nasib ada tiket tambahan, kalau tak raya dekat kl la dengan mamat indon construction depan kolej..haru...
syahdu sahaja rasa bila on the way nak balik..
macam mana la rasanya mereka di perantau..
hari raya ada klas, belum lagi part beraya dengan keluarga dalam skype..
tak apa pengalaman berharga, sesekali teringin juga merasa..hehe
bila dah balik rumah, mula la sibuk..
segala mak datuk punya assignment tolak tepi dulu..
Persiapan raya bukannya ala kadar..macam2 kena buat..
Hari raya lagi la sibuk..
beraya sana, beraya sini..
dapat jumpa sanak sedara yang setahun sekali nampak batang idung..
reunion dengan member sekolah..memang bahagia..
tapi tempoh 2 minggu bahagia dah tamat..
sekarang tempoh sengsara dah bermula..
segala mak datuk punya assignment kena siapkan..
mula la nk garu kepala, nak garu idung, nak garu benda2 lain yang boleh digaru...huu...
ni la nasib kalau raya tak ingat dunia..haru...
raya oh raya...

Alhamdullilah

Disaat waktu berhenti... kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua yang kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak lupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posisi juga posesi
Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari ketenangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji jua saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
Aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelapku tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat jua ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran, dugaan sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Laihi ya ruhi yadada ya laihi
Yalaihi ya yaruhi ya yadada yalaihi...

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'Tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Saturday, August 28, 2010

Pada-Mu ku bersujud



Nice song...

If...

Airplanes

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Yeah
I could use a dream or a genie or a wish
To go back to a place much simpler than this
Cause after all the partyin' and smashin' and crashin'
And all the glitz and the glam and the fashion
And all the pandemonium and all the madness
There comes a time where you fade to the blackness
And when you're staring at that phone in your lap
And you hoping but them people never call you back
But that's just how the story unfolds
You get another hand soon after you fold
And when your plans unravel
And they sayin' what would you wish for
If you had one chance
So airplane airplane sorry I'm late
I'm on my way so don't close that gate
If I don't make that then I'll switch my flight
And I'll be right back at it by the end of the night


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Somebody take me back to the days
Before this was a job, before I got paid
Before it ever mattered what I had in my bank
Yeah back when I was tryin' to get into the subway
And back when I was rappin' for the hell of it
But now a days we rappin' to stay relevant
I'm guessin that if we can make some wishes outta airplanes
Then maybe yo maybe I'll go back to the days
Before the politics that we call the rap game
And back when ain't nobody listened to my mix tape
And back before I tried to cover up my slang
But this is for the Cada, what's up Bobby Ray
So can I get a wish to end the politics
And get back to the music that started this sh-t
So here I stand and then again I say
I'm hopin' we can make some wishes outta airplanes


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)

AIRPLANES - B.O.B feat HAYLEY WILLIAM(paramore)

nota kaki : Ive been listening to this song a lot lately...

aku dan fesyen~

I love fashion so much..
especially street style, vintage n high fashion..
i know, all this thing is a 'berdosa' thing..plus if its not according to islam way..but i can't help myself..
tapi insya-ALLAH aku akan jaga segala batas2 yang ditetapkan..
im not perfect..ada benda dalam diri ini yang susah dikawal..
Biar la aku dengan angan2ku dan juga style ku sendiri..
moga aku tidak melebihi batas dalam dunia fesyenku ini~

Friday, August 27, 2010

Lets save our earth!!!

As a student what can we do to save our earth???
I know we all busy with study, shopping(okey maybe its only me..hehe), n bla bla...but we still can help to save our earth..
Tak perlu la nak jadi keluangman nak selamatkan bumi ni, or pergi kutub utara untuk sejukkan balik ais2 yang dah cair tu..
here my few tips how we can save our earth, as a student :

1. Use public transportation!!!I know, bus so damn stupid cuz always late..so apalagi WALK!..if u have a car, share with your friend..satu kereta 5 orang, bukan 5 orang 5 kereta!

2. Bring your own tupperware..jangan guna polistrin!!!its simple..ask the person from the cafe or DM to tapau makanan dalam your own tupperware, not in the polistren..did u know, polistren needs hundred years to dispose!!

3. Shopping bag!! Jangan lupa bawak beg shopping!! we can reduce penggunaan plastic bag...I got my own shopping bag(in leapord print..ngee), not just we save our earth but also be more fashionable!!

4. Last but not least, RECYCLE! RECYCLE! RECYCLE!


so, i got my own shopping bag..already start recycling and if i not share my friend's car, ill just walk,walk n walk!!now i need my own tupperware..
so, lets save our earth!!

Tuesday, August 24, 2010

Bad day

Bad day...
I chose the wrong colour..which make me really regret now...
n i lost the ring!!Yes, the ring that my BFF, Iffah gave to me..i had never took it out, always wear it..@#%%&(&(^$#@..
what a bad day!!!

Tuesday, August 17, 2010

muslim tetap muslim

Entah kenapa malam ini, aku tiba2 tertarik melihat video mengenai famous people yang memeluk agama islam...agak terkejut melihat nama2 yang boleh tahan besar seperti mike tyson, Akon, Busta Rhymes, lupe fiasco,frank ribery, zidane, anelka dan lain2..
macam2 komen yang kubaca..
ada yang gembira...
ada yang mengeji kerana walaupun Islam, tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran Islam...
minum arak, bertindik subang, klip video penuh perempuan tak cukup kain..
tapi bagi aku..
seorang muslim tetap muslim..
walaupun dia minum arak, tak mendirikkan solat atau melakukan perkara lain yang dilarang..
selagi dia percaya ALLAH itu esa..
dia tetap muslim..
tiada orang layak judge mereka..
hanya ALLAH yang layak menghakimi dan menghukum mereka..
kita sebagai fellow muslim, seharusnya berdoa agar mereka mengamalkan ajaran islam sebenar..

Bulan terbelah dua



Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah)
melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
ayat 1-2 Surah al-Qamar

hijrah

Nak berubah tak perlu tunggu tahun baru, maal hijrah atau hari lahir..
apa lagi nak tunggu putera dari kayangan..
Kalau tiba2 rasa nak menjadi lebih baik, teruskan niat..
So, dengan ini aku NUR SITI MARDIAH ingin berubah..
menjadi mardiah yang lebih baik dari semalam...
semoga perubahan ini berkekalan..AMIN..
first step, lipat baju yang merupakan kerja paling aku malas buat =P
haha..suka ja biar baju terbiar atas ampaian berhari2..eh2..anak siapala ni..hehe
done..seterusnya...
mana boleh bagitahu semua benda aku nak buat...tak cukup 5 page list benda yang perlu aku ubah..ngee..
doakan semoga aku istiqomah^^

note to Mr. Lipas

Dear Mr Lipas,

Im not missing you,
and please dont comeback.

Monday, August 16, 2010

kisahakukisah 1

cakap pasal quiz tentang diri aku..
ini yang paling latest n favourite aku

Here is the analysis:
1. You've got great self-confidence and you're full of charm (confident , yes..charm, mb..hehe) Most guys who get to know you will be attracted to you( ehem, yeka?) You are far from sweet and proper (weh, aku pon sweet pa, proper mb kurang kot..haha); your intriguing personality fascinates them. Most guys find it easy to fall for a girl like you(yela tu...)

2. You really care about other people's feelings and are quite serious about the issues that affect your life (AGREE) You are sincere, and your concern for the well-being of others makes many people want to be your friend.

3. You strictly follow rules (well, not really,sometym i do break a rule) , and you expect other people to be the same as well. People can get tired of you easily, as you can make them feel a little guilty about themselves (betul ke??tak berniat pon..). You always make decisions on your own, and can be dismissive of other people's advice(i need other people's advice) You like to be the leader in groups, but can forget to be concerned about the people you are with.

4. Your peers think of you as a fun person, but sometimes you can be a little irresponsible ( i know...). You can be somewhat childish, and can try to ignore the fact that you will one day need to really grow up and be a mature adult! (i miss form 5 so much..erk) Perhaps you could start reading good books; they might help you look at the world in a different light. You do want to be taken seriously, right? (yes, n im tired when people treat me like a kid)

5. Your boyfriend (i dont have a boyfriend lah..next..hoho)believes that you are a strong and independent person. Your confidence and cheerfulness make you an attractive person to be around, but sometimes you need to pay more attention to what other people, including your boyfriend, are thinking.

penangan HLOVATE~

Best!Best! dan Best!
itulah yang dapat aku gambarkan mengenai karya HLOVATE..novelis kegemaranku yang terbaru...
serious pecah perut baca karyanya..
dan yang penting, cara penulisannya sangat cocok dengan jiwa romaja aku ini..
mungkin kerana penulisnya juga seorang remaja?barangkali..
selain itu karyanya juga banyak menyelit motivasi dan islamik...tetapi still dalam bentuk yang sesuai dengan jiwa aku..eceh..cm romantik lak bunyinye..
aku tahu aku memang lambat..orang lain dah berkurun baca, dah khatam berbuah2 karya...
tak apa lah, biar lambat asal selamat..ngee
karya pertama yang aku baca 5 tahun 5 bulan..
paling terkesan adalah bila watak utama, johanna suka membuat quiz pasal dirinya..
kerja yang sudah lama aku tinggalkan, dan nampaknya bakal dilakukan semula..
dulu aku selalu buat senyap2, takut kwan nampak..nanti kata aku ni macam budak2 la..macam tu la, macam ni la..
sekarang aku makin confident untuk melakukannya..hikhik..
seronok dapat baca tentang diri sendiri..walaupun mungkin ada yang macam benar, ada juga yang ntah apa2..
sekarang aku masih dalam prose menghabiskan karya ini..
more to go..
harap dapat baca semua karyanya^^

Kepulangan yang success^^

alhamdulillah, dapat juga aku berpuasa diperlis..
minggu pertama puasa, memang favourite budak2 u macam aku ni untuk pulang ke bumi terchenta(cis bunyi macam aku belaja kat planet marikh je)
walopon sekejap, tapi cukuplah nak lepas rindu pada mereka2 yang tersayang...hikhik..
oh ya..aku sangat2 la bersyukur kerana mempunyai teman2 yang sanggup bersama aku susah dan senang, serius sangat terharu..
hari sabtu, iffah menemani aku..puas 'merempitan' sekitar perlis..ni semua gara2 thesis history..terima kasih daun keladi ye..
malam pula, dapat sleepover di rumah ana..mintak ampun ye pakcik mokhtar..kebisingan kitorang memang tahap tak ingat dunia..
tak sangka tengok nur kasih mengalahkan tengok senario..kecoh je..
thanx sangat la babe for all the hints!!ahaks..
n thanx also for the souvenier..dr korea kot..ngeee...
esoknya, aku ditemani oleh elly...
seronok berjalan satu the store (well, dekat mana lagi nak pergi kan)
dapat lah sesi hati ke hati jantung ke jantung...
n paling terharu bila elly teman aku pergi train station, tunggu sampai train sampai kot..
rasa macam nak peluk cium ja time berpisah..syahdu2..
okey bab paling haru biru time buka puasa atas train..
rasa macam nak nyanyi lagu dendang perantau je...nasib suara tak berapa macam yuna, kalau tak free ja consert atas train..hoho
part paling tak best bila ada sepasang 'suami-isteri' duduk sebelah aku..
dey..kalaupun dah tak sabar bulan madu, tak payah la berasmarada dalam train tu..
nanti sampai KL, tempah bilik hah suka hati la nak buat apa pon (ops, tu pon kalau dah kahwin..kalau tak jangan harap la)...
terpaksala aku tahan mata, buat2 tak nampak..maklumlah orang tengah bahagia..
oh ye punggungku sangat kematu ye..12 jam atas :italic;">train bersamaan campur bahagi tolak..dua kali jugak kematu punggung naik bus..
takpela..pengorbanan itu satu pengalaman..yang penting dapat jumpa mereka2 itu yang buat kepulangan aku satu success
perlis..jmpa lagi 2 minggu^^

Friday, August 6, 2010

rindu negara singa~

Singapura...oh singapura...
First time aku jejak kaki ke negara orang..
bukan jauh mana pon, Singapura ja..jalan kaki pon boleh sampai..ngeee...
hampir 2 minggu di sana,rasa tak ada beza pon dengan malaysia...
perasaan yang sama...cuaca yang sama..yang beza mungkin tahap kebersihan..hmm..
Singapura memang sangat bersih...nak jumpa sampah pon susah
kalau banding dengan Malaysia...ades...salah siapa?
diri sendiri yang tak reti bezakan tong sampah dengan jalan raya..main buang ja..bila dah kotor, mulalah salahkan kerajaan...
Oh, ya pengalaman paling tak boleh lupa..kena solat atas tangga..
sangat aneh rasanya..syahdu2..
bukan susah pon kalau nak sedia bilik kecil untuk orang islam solat..
satu lagi makanan halal, susahnye nak cari..yang ada pon makan indon...mulala aku rindu Malaysia...2 minggu je kot, bukan 2 tahun...hehe...
Tapi sekarang bila dah balik Malaysia, aku rindu Singapura...rindu pokok2 yang banyak tumbuh di sana, rindu nasi panggang indonesia, rindu teman2 NUS..
Kalau ada rezeki,hujung tahun ni aku akan pergi lagi..insya-ALLAH^^

i'm back^^

woot...lama xtulis blog...
terasa sangat aneh...
cik nur siti mardiah, rajin2 la tulis blog ye^^

Sunday, January 31, 2010

i miss u so much..

i miss u so much umi..
i miss u so much abah..
i miss u so much kamil..
i miss u so much shitah..
i miss u so much najmi..
i miss u so much nabil..
i miss u so much ana..
i miss u so much iffah..
i miss u so much elly...
i miss u so much saza...
i miss u so much awa...
i miss u so much atin..
i miss u so much kpah..
i miss u so much sheril..
i miss u so much ruru..
i miss u so much MARDIAH...

Thursday, January 28, 2010

duit..oh..duit

Kadang2 terfikir jugak aku..
kenapala aku pilih architecture nh??
semua orang(yg tahu pasal architecture) cakap..jadi budak archi kena pakai banyak duit..
aku just angguk n senyum..apa lagi yg aku mampu buat..
tp kerana 'degil', aku teruskan juga cita-cita aku..
skali dh masuk baru aku sedar betapa mahalnye jadi budak archi nh..
semuanya nk guna duit..
duit jpa yg aku dapat, pon belum tentu cukup nk tampung ke-architecture-an aku..
plus ke-shopahorlic-an aku..lol..
paling seksa bila ada trip..
kali nh ke kuching..pap!kena RM500..haish..nasib tak jadi pergi bandung, kalau tak..ntah bank mana pulak aku nk rompak..hoho
tp kadang2 aku jealous tengok senior...
ada pergi korea, LA, Aussie..nh junior kitorang pulak nk pegi japan,plus fully sponsor!!omo..sangatla jealous!!
sabar jela..hope after this ada yg bermurah hati menaja trip kami..
kepada diriku sendiri..silala berjimat cermat kerana berjimat itu amalan mulia =]

Saturday, January 23, 2010

cinta lagi..

tiba-tiba kawan2 ku masing-masing berbicara pasal cinta..
cinta itu..cinta ini..
teringat zaman sekolah dulu..
bercakap pasal cinta..semua muka dah merah2..malula konon..
sebut pasal cinta..semua teringat pelakon korea yang hensem2..
sekarang semua dah matang..
mampu menilai baik dan buruk..
harap esok..masing2 ketemu cinta sejati..cinta yang disemai dengan keredhaan ALLAH..
cinta yang membawa ke arah cinta NYA..

Friday, January 15, 2010

Susah sangat ka???

Susah sangat ka nak jaga hati orang?
Susah sangat ka nak cakap benda baik?
Susah sangat ka nak cakap berlapik?
Dalam dunia ini ada benda yang susah nak dibuat..
berlaku jujur, tetapi masih menjaga hati orang..
kalau aku jujur, orang akan terasa..
kalau aku tak jujur, hipokrit ka aku ni?
tapi macam mana dengan orang yang tak jaga hati aku?
terima kasih kerana berlaku jujur, tapi susah sangat ka nak cakap berlapik dan jaga hati orang?
aku tak mintak dipuji melambung
cukup la sekadar cakap berlapik..
bukannya susah...
asal kan aku faham apa yang nak disampaikan, dan tidak mengandungi unsur-unsur menyakitkan hati..itupun sudah cukup...
kalau diri terasa sakit dengan kritikan orang lain, jangan la sakitkan hati orang lain dengan kritikan juga..
hari ini sakitkan hati orang, esok lusa orang ini juga akan membantu awak..
jangan fikir jujur itu perkara indah..
jujur itu mesti untuk kebaikan..
tapi jujur dengan berlapik itu lebih baik..

Friday, January 1, 2010

2oO9~byebye sweet 20th!!



01.01.09

~tengok firework dekat the curve
~kena tahan jpj
~kereta rosak odw pulang ke um
~new year eve yg paling aku tak dapat lupa =]

START SEM BARU

~first project is chair..me dont like... O.o



SECOND PROJECT

~berjalan lebih 3 km..tp berat tak turun2 jugak *sigh*
~pemandangan hutan yg cantik amat!!



MELAKA TRIP

~with korean students...dapat duduk serumah dengan korean, they r so nice =]
~visit jonker street, taman mini msia n etc



FINAL PROJECT : RETREAT HOUSE

~trip to kedah
~visit many places n hv so much fun
+ got good mark for this project which is really hard for me to get it..believe me..

FRENSTER aka festival kolej
~jadi ketua biro persembahan n protokol
~ a lot of memories good n bad >.<

MAWAR aka malam warisan melayu
~jadi naib pengarah + usherer
~even demam, still kena betugas..hampir2 pengsan atas pentas...hoho

SUKMUM aka sukan um
~masuk bola jaring n menang johan..walopon hakikatnye hnya pemain simpanan tp still ble main almost all games..



MAG aka dinner college for junior
~tema glitters n glamorous
~happy cuz dapat anugerah on that night
~aizat nyanyi sedap sangat <3



MAT aka dinner college for senior
~jadi ketua biro persembahan + stage manager
~tema retro..pakai baju polka dot, bajet retro la tu..hoho
~aktiviti kolej paling best!!
~dina n izwan pilus perform pon best



DINNER ARCHITECTURE
~tema cubism
~happy dapat kumpul dengan semua member architecture

presentation for FINAL PROJECT
~i did my best..luckly got good marks =]



07 APRIL 2009

~officially 20th years old!!!
~celebrated with aiman, liyana n aina at times square n hv a very2 great time =]



PORTFOLIO
~end of sem

SEMESTER BREAK!!!!!!




MEASURED DRAWING AT KELANTAN

~sempat balik perlis beberapa hari je =.=
~dapat masuk balai besar yang merupakan kawasan larangan kepada umum..paling best dapat masuk bilik diraja n tandas diraja..lol...+ tangkap gmbar dekat singgahsana..hoho
~crush dengan someone...n someone crush dengan aku...if only orang yang aku crush tu crush dekat aku jugak..*sigh* ...lol



RUMI aka architecture workshop
~dekat uitm shah alam
~hv a lot of fun here n met new archi friends
~naib juara for performance =]
~first time dengar 'NOBODY' by wondergirls n terus fall in love with k-pop

SEM baru START
~ jadi second year student =]

ARCHIWEEK aka minggu senior junior for architecture student
~sangatsangat fun!!
~dapat buddy baru =]
~juara futsal
~perform at archi night

1ST PROJECT

~precedent study... a group work
~ok la n got good marks for it



2ND PROJECT

~trip to KL pack
~music pavillion at tasik titiwangsa
~wargh...mana semua idea2???
~a very2 bad time during this project



MID SEM BREAK

~back to perlis n met my beloved friends
~kecoh pizza hutt dengan gelak kitorang =]

PUASA n RAYA~~~~




~raya dekat rumah kpah..kpah dah kurus!!!!aku pulak makin g****..darn!!



~konvoi raya rumah liyana dekat seremban..keluar petang, malam baru sampai
~kecoh rumah liyana bila ramai2 tengok nur kasih =]



~konvoi raya rumah Yol dekat Klang..dapat makan durian<3



~konvoi raya rumah anip dekat klang jugak
~BBQ sangat sedap!!

OTHERs OPEN HOUSE

~rumah pn.seri aka my beloved lecturer...makanan sangat sedap + dapat duit raye..thanx pn.seri =]
~rumah aiman...dapat duit raye kali kedua dr parents dia..hehe
~open house yg faculty anjurkan...fun!!


~visit akarkarya aka shiela majid punye jamming studio for physic environment assignment
~saja test jadi penyanyi...masalahnya sedap ke??hoho

FINAL PROJECT >heritage restaurant< n FINAL EXAM


~final exam dah habis!!!
~released tension dekat sunway pyramid + main ice skating


~iffah came to kl n sleepover at my place =]
~balik perlis for semester break
~raya haji npergi kelantan


~this telur kicap made by my best friend iffah represent her heart..ugh??hehe

~i'm KAY ALIEN once again!!!

p/s: now is 7.26 a.m..doing this post since 2 a.m..stupid laptop!!wish could buy dell studio..but dell studio = all jpa money..haiya...lol