Tuesday, October 2, 2012

Jodoh

Bila umur dah makin meningkat, degree dah dalam tangan, keja pon dah ada..mula la orang soksek soksek tanya bila nak kahwin.

Rimas pon ada, macam la kahwin tu macam beli ikan kat pasar.
Tapi aku pilih ikan kat pasar pon fail, pa lagi nak pilih calon suami kan..haha

Entah la, nape dulu ku tak rasa ramai orang yang kahwin tetiba ja semenjak dua ni, banyak pula dengar berita kawan ni tunang, kawan ni kahwin..maybe sebab dah masuk umur layak kahwin kot..
Jealous tak jealous jugak la..memang ada keinginan nak kahwin, maybe sebab aku tak penah couple and pendirian aku sendiri tak boleh couple before kahwin..bila dah umur macam ni teringin la jugak kan berdua..ewah!huhu

Tapi bila fikir aku ni tak sedia lagi, masak pon tunggang langgang, tambah dengan tanggungjawab sebagai kak long dalam family, lagi la...
kalau kahwin, mesti tanggungjawab dah pada family sendiri, kesian pula parentsku yang susah payah lagi nak besarkan adik2..biarlah ku berkorban sikit at least sampai seorang dua adik dah grad baru lega sikit hatiku..

Lagipun nak kahwin macam mana, calon pon tak da!haha..
dulu kemain jual mahal lagi, ye la time study memang malas fikir benda2 cenggini..
Ada juga kawan yang tanya bila la aku nak start cari calon..
bagi aku biar la dulu, kalau aku dah sedia nak kahwin nanti aku cari la calon..
kalau jumpa sekarang pon, kena la kahwin, takkan nak buang masa bercinta kan?
Tapi jodoh rahsia Allah..mana tau ntah esok aku dah jumpa calon..takpon esok tetiba ada orang masuk meminangkan..haha

Sementara tu baik aku fokus kerja dan tolong parents aku..
As long as my family is happy, i'm happy too...
soal jodoh, ku serah pada Allah..

Apapon, im happy for my friends yang bakal tamatkan zaman solo..mesti gemok tahun depan kerja makan nasi minyak ja...haha

Thursday, April 12, 2012

Im 23 years old!

Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur selama 23 tahun!
Rasa macam baru semalam ja menyambut birthday yang ke 17..haha
Bila dah 23 ni, rasa macam dah cukup dewasa. Orang kata dah cukup masak..yeka?
Alhamdulillah juga, umur 23 dah ada degree, dah ada kerja, dah ada kereta. Tapi keluarga sendiri je tak da..haha

Insya-Allah, bila umur dah 23 ni, kena la berubah.
Berubah jadi muslimah yang lebih baik, jadi Anak yang lebih baik, Jadi kakak yang lebih baik, jadi sahabat yang lebih baik dan jadi perkerja yang lebih baik.

Orang kata bukan mudah nak berubah, tapi kalau kita tak mulakan dr sekarang. Dunia nak kiamat pon kita still dengan perangai yang sama kan?
Ok la sekarang nak story mory about my Birthday celebration. Im so lucky ada rmai yang ambil berat tentang diri ini.

One week before my bday , Pario (my gang from UM) celebrated my bday..Seronok sangat dapat kumpul since we all memang teramat sangatlah busy with work n study. Thanks Pario for the party at Serdang^^



Then On my bday, celebrate with Aiman and her sis at TGI Friday and Tutti Frutti. Thanks kak isya for the treat^^

next day celebrate with my bestie, Iffah.Hah, yang ni memang kejutan sangat. Mula janji nak celebrate berdua ja.rupanya dia dah plan with her frens (yang aku dah kenal) for surprise bday party..memang terharu sangat.Thanks Iffah and the gang^^



After this tak sabar nak celebrate with my family and Ana&Saza^^

Thanks everyone for the love. Hugs ketat-ketat.xoxo

Bersih ke?

Menjelang pilihan raya ni macam2 isu timbul, macam2 ragam dan macam2 cara digunakan oleh parti politik untuk menarik pengundi..
Sekarang kecoh dengan perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada penghujung April.
Adakah Bersih ini sememangnya bersih?
Tepuk dada, tanya iman.

Kita dapat lihat sekarang zaman kebangkitan. Demonstrasi dijalankan di seluruh dunia. Namun bukan semua demonstrasi itu membawa kebaikan, bahkan ada yang membawa kepada kerugian.

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata,
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-An'aam 6:116)


Saya tidak menyokong or menghalang sebarang demonstrasi yang diadakan untuk kebaikan.
Rakyat ada hak untuk menyuarakan pendapat mereka sendiri. Tetapi jika ia membawa kepada perpecahan umat Islam, saya menolak sekeras-kerasnya.
Saya tertanya-tanya adakah Bersih diadakan untuk menegakkan keadilan atau menegakkan parti2 tertentu? Adakah Bersih dapat memecahkan umat Islam di negara kita?

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai” (Ali Imraan; 103)


Kalau rasa join Bersih membawa kebaikan, teruskan..tetapi haruslah mempunyai pengetahuan mengenainya.Bukan ikut membabi buta.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Israa' 17:36)


Kalau betul ini perhimpunan aman, maka jalankan dengan aman.Jika ini perhimpunan untuk keadilan, pastikan dijalan dengan penuh keadilan. Tiada putar belit fakta. Tiada lakonan semata-mata. Kerajaan juga harus mencari inisiatif supaya segalanya berjalan dengan aman. Kebajikan rakyat harus dijaga walaupun didalam perhimpunan ini.

Semoga kita tahu apa yang kita buat ini benar atau salah.

Wednesday, April 4, 2012

Kembali pada fitrah

Subhanallah, rasa berkobar2 sangat nak berblog..entah terkena virus apa la..
maybe sebab ada benda nak dikongsi, tapi tak tahu mana nak luah..
Tak kisah la ada orang baca ke tak kan..hehe~

"Saya lebih suka menggunakan perkataan kembali pada fitrah, daripada berhijrah" - Farazila, isteri guitarist sham kamikaze.

Sekarang memang menjadi fenomena artis yang dulunya free hair kini bertudung.Alhamdulillah, fenomena yang sangat baik.Tak kisah la orang nak kata artis tu bertudung ikhlas ke tak ikhlas.kita ni tuhan ke nak tentukan orang ikhlas ke tidak?

Seperti kata Farazila,lebih sesuai menggunakan ayat kembali kepada fitrah. Kerana menjadi fitrah manusia untuk menyembah/beribadah kepada Allah. Mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

maka kalau bukan untuk menyembah/beribadah kepada Allah, kita tidak dicipta dimuka bumi ini. Salah satu fitrah yang ingin saya bincangkan adalah fitrah menutup aurat terutama bagi kaum hawa.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur 24:31)


Jelas didalam Al-Quran menutup aurat bukan sekadar diluar rumah,di tempat ibadah mahupun semasa menghadiri kelas agama sahaja..tetapi menutup aurat di hadapan bukan mahram.Tak kira la sepupu kita ka, kawan baik lelaki kita ka, tukang kebun kita ka.

Selain itu menutup aurat juga bukan sekadar bertudung, tetapi perlu la menutup semuanya kecuali tapak tangan dan wajah..banyak lagi boleh dikupas mengenai menutup aurat mahupun bertudung,insya-Allah, akan dikongsi dilain kali. Lebih best baca post yang short and sweet kan dari panjang berjela2.

Anyway, sudahkah kita kembali kepada fitrah? A question to myself also^^

Konvensyen Bidadari Dunia

Lama tak berblog..rindu..betul..hehe..
after this nak start blog benda2 yg bermanfaat pula insya-Allah..
Tiba2 jari jemari pon dah rasa kaku nak menaip..dah terbiasa bertwitter, ayat pon kena pendek2..thee
Anyway, nak share pasal Konvensyen Bidadari Dunia



Masya-Allah, konvensyen ni sangat awesome!macam2 topic dikongsi oleh 19 speakers terdiri dari nama2 yang popular dalam bidang masing2 seperti Dr.Zawiyah, Dr.Muhaya, Ustazah Bahiyah, Fatimah Syahra, Wardina Soffiyah, Datin Zaleha, Catriona Ross, Irma Hasmie, Nora dan ramai lagi.

Antara topik2 yang dikongsi adalah kisah 4 wanita islam yg disayangi Allah(Asiah,Fatimah Zahra,siti khadijah,aishah),topic mengenai rumah tangga,tips bagaimana nak menjadi wanita berkarisma,bagaimana nak berdakwah,topik pasal fashion,bahagia membahagiakan dan banyak lagi yang berkaitan dengan wanita.

Paling tersentuh semasa slot Fesyen yes or no. Pada permulaan slot, Wardina membaca surah Al-hashr : 18-24 berserta tafsiran sambil mengalirkan air mata...tangisan seorang yang begitu tersentuh membaca ayat Al-Quran. Masya-Allah, bergetar hati ini mendengarnya. Paling tak boleh lupa ayat ini

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. (59:19)

Jika kamu lupakan Allah, Allah akan buat kamu lupa diri kamu!Semoga kita sentiasa mengingati-Nya.

Slot titian syurga juga menarik. Speaker yang terdiri dari selebriti tanah air iaitu aimie(juara solehah),irma hasmie,nora,ustazah fairuz(ustazah pilihan) dan isteri sham kamikaze berkongsi kisah penghijrahan masing2.

Rasa seronok sangat dapat join konvensyen ni..penuh pengisian dan manfaat..Insya-Allah, kalau umur panjang hope dapat join next year punya konvensyen. Kalau tak pun banyak lagi seminar2 islamik begini dianjur. Kalau ada kelapangan, apa salahnye kita memenuhi masa dengan majlis ilmu, ye tak?

Monday, January 2, 2012

2011 Recap

Wow, happy new year!! # 2NE12!!! haha
Lama xupdate blog..cm malas ja...tp tetiba malam ni ada mood plak..okey, lets catch up pe yg dh termiss okay..I'll make it short n sweet^^

1.Surprise birthday party!
First time kot ada org buat surprise bday party for me..terharu sangat cuz time tu sangat bz for final presentation...Thanx pario for the event.i love u guys so much..xoxo

2. Have my own book!
awesome sangat ada buku sendri!worth it dapat join program UM-NUS^^


3.K-Pario 1st trip!
Trip to PD, best sangat. pantai yg agak cantik.ber-barbeque tepi pantai..n hati ke hati with all kpario...cnt wait for 2nd trip!

2.Datum 2011 (architecture conference)
First time jadi volunteer for international event..best cuz dapat kenal archi student from other architecture school..dapat jumpa rmai architect famous...dapat dengar conference for free (it cost more than RM300 for student to attend this conference)..hope next year dpaat join lagi as participant..insya-ALLAH^^


3.My Bestfriend is my roommate(walaupon only for 1 month)
It was like dream cme true!Dulu selalu berangan dapat jadi roommate with one of my bestfriend...alhmdullilah, yeay to ana my babe!!i had a great month with her..watching running man together n gelak bagai nak gila..haha..miss all those moments^^


4. finally graduated from UM!!!!
It was my happiest day ever..All my family members are with me to celebrate my day!!after 3 years study like there is no tomorrow!! altho sedih sikit sbb non of my bf dapat datang(except aiman since she also graduated with me) but i know all my besties are happy for me^^


5. Korean Music Wave!
the best concert ever!Puas hati sangat dapat tengok Bigbang's member performed...i wish This year (2012) ada la concert Bigbang n 2NE1..i will make sure i can attend it no matter what^^


6.Kerja!
Alhamdullilah,i started working the same month with my convocation..im so lucky dapat kerja with my team now, everything are so great. I will work hard! Fighting!


7.2PM Hands Up Tour!
2nd korean concert. I really enjoyed watching their performance^^

8. living n my own!
Wah, rasa macam dah dewasa ja bila kena menyewa sndiri..tak duduk dengan parent or friend..semuanya macam cepat ja..tapi seronok jugak..i like my house now..not the best, but enough for me^^

9. My own car.
Alhamdullilah =)

Last but not least.. New Year Eve!!!

seronok sangat dapat spent time with my besties...first kitorang ber-baskin robin at mid valley n tgkap2 gmbar..


the christmas deco at mid sngat cantik..i loike!shopping at topsop, bought 'something' there..keke..then kitorang ber-steambot at flaming near sunway..sedap sangat n berbaloi walaupun cost almost RM30...then jalan2 dekat sunway pyramid before ber-firework dekat the curve..sesak n rmai dengan orang!someone sprayed the white thing at my face =( i hate it damn much...but the firework was the best, probably the best ive ever seen..

after that, we went to mamak at ttdi, pekena teh tarik before my friends sleepover at my house..lawak plak 4 org sumbat dalam bilikku yg kecik molek tu..hehe..overalll this is the best new year eve...cnt wait for next year, mb bole celebrate with someone..who knows..keke