Thursday, April 23, 2015

26 is just a number...eh?

Me as 26 years old..not a girl but not yet a woman..eh?
Bila dah umur 26 ni mula terfikir,
Apa yang aku dh achieved at this age?
Bila tengok kawan2 lain at this age..
Ada yang dah kahwin..
Ada yang dah ada anak...
Ada yang dah ada master..
Ada yang dah beli rumah...
Ada yang dah ada business sendiri..
Aku?
Coming soon..insya-Allah..
Rezeki Allah dah tentukan..cepat dan lambat ja..
Maybe He is saving the best future for me..I just need to prove to Him that I deserved it..
By becoming a better person maybe..
Insya-Allah by 27 years old, I'll be a better Mardiah...
Jom! for a better future..for a better me! Fighting!


Monday, March 9, 2015

Bulatan gembira =)

Assalamualaikum,

Post kali ni memang special, pasal apa special? sebab aku yang kata special, eh suka hati aku la nak kata apa pon (flip shawl)

Okey serious sikit...

Aku sebenarnya dah lama tak contact dengan kak naqibah aku, kak mira ..dulu dekat KL aku ada join usrah ...usrah? apa tu usrah? usrah tu macam kuih karipap tapi lagi sedap *wink* eh acah je, jangan nanti g kedai kuih cari kuih usrah pulak...haru! haha..usrah tu bulatan gembira aka study circle..nanti dalam next entry aku cita panjang pasal usrah hokay?

Back to the topic..haritu tak ada angin tak ada ribut apatah lagi hujan , tiba2 kak mira what's up aku. Kami saling bertanya khabar. Aku pon bagi tahu dia yang aku rinduuuuu sangat nak usrah sambil nangis2 meraung2 (yang ni aku tipu jugak..ngeee)

Tiba2 Kak Mira bagi aku suggestion untuk buat group usrah sendiri di Perlis.. woooo...wait a minute! Me? ha ha ha.. i olls ni bukannya layak lagi nak jadi naqibah..nak jadi naqibah ni mesti ada ilmu. macam mana nk guide orang lain kalau diri sendiri pon tunggang terbalik, ye dok..Tapi kak mira insists juga. Dia kata dia yakin dengan aku..gila terharu aku baca..thanks kak mira for believing in me (sambil lap air mata) ..but still no! aku still tak ada keyakinan nak jadi naqibah..

Fikir punya fikir, dan terus berfikir lagi...aku dapat idea...why dont, instead of jadi naqibah aku jd macam moderator..means orang yang handle ja...kiranya usrah yang aku nak buat ni lebih kepada gathering to share and discuss certain topic related to islam, so everyone kena bagi input n ouput..of cuz nanti banyak persoalan yang kitorang maybe tak tahu, so aku akan kumpul soalan tu and nanti pass dekat naqibah aku or orang lain yang lebih berilmu...haa, amacam idea aku..macam bernas kan? (flip shawl)...Kak mira setuju dengan idea aku, katanya as long ada halaqah (circle) of remembering Allah through knowledge boleh la..so yeay!!

Aku pon terfikir mana nak cari orang join usrah ni? Aku bukannya fofular nak ajak orang cenggitu aja.. so aku buatlah post bebas dekat fb supaya senanglah orang2 Perlis yang dalam friend list aku nak tahu tentang usrah ni. At first, malu juga nak post sebab nanti orang kata poyo la, nak menunjuk la...tapi kalau nak kisah apa orang cakap, apa pon tak boleh..so aku pon post juga status mencari geng usrah..Memang risau juga kalau tak ada orang yang berminat...mau lari balik kl gak aku ni..huhu..tapi alhamdulillah, ada yang PM aku berminat nak join..yeay.. selain tu bestfriend2 aku pon rela hati nak join..rela ka??tettt...hahaha..tapi benda baik mestila orang nak join an an..bukan aku ajak join kelas tarian tiang ke apa (apsal tarian tiang???)

Insya-Allah, after this dah boleh start dah kot..nak start cari topik yang sesuai..cari tempat yang sesuai...cari masa yang sesuai...semua yang sesuai la..Semoga Allah permudahkan..Amiin!


"Whenever people gather in one of the house of Allah for reading the Qur'an and teaching it to one another, peace descends upon them, mercy covers them, angels spreads their wings over them and Allah mentions them to those around Him" (Muslim)

Gambar not owned by me, ambil dkt google sebab comei angat!




Wednesday, March 4, 2015

What I NEED to do while im in Perlis

Assalamualaikum,

Tup tap tup tap... dah more than 2 months aku tinggal dekat Perlis. Dah start kerja pon dekat a very small contractor company..okey la tu, ko hinggat senang nak cari kerja dekat Perlis. Kalau aku nak cari kerja dekat architect firm jugak mau sampai balik dok KL semula pon aku akan jobless...sobs

Actually post ni nak cerita pasal plan aku time while Im in Perlis. Aku pon tak sure lagi sampai bila aku nak stay dekat Perlis. Maybe 4-5 bulan..maybe setahun..maybe stay sini terus kalau ada orang masuk meminang....ngeeee

So before aku pindah semula ke sini, aku dah plan banyak benda yang aku kena buat bagi mengisi masa aku. Maklumlah kerja kat sini tak ada la sebusy macam keja dekat architect firm. Kalau dulu aku pergi kerja kul 9 pagi balik pukul 9 malam, kadang2  9 pagi esoknya baru aku balik...tapi dekat sini pergi kerja pukul 9 pagi, pukul 6 petang aku dah sampai rumah..woha...

So here it goes my plan yang aku MESTI buat :

1) Daftar Perniagaan and rebrand diyalova (bakal tukar nama) 

Dah 2 years juga aku own boutique online jual tudung. Kenapa tudung? Sebab hari2 pakai tudung dan nak buat pon senang. Dekat Malaysia ni dah macam2  jenis tudung ada. Ada yang gaya belit ala mumia..ada tudung instant semudah abc...tapi aku suka jenis tudung yang simple ja...simple juga yang cantik bagi aku..eheh..walaupun macam dah lama business aku operate, tapi aku tak pernah daftar perniagaan lagi (homaigod, kalau SSM tau ni mau kena tangkap masuk jel 2 hari jugak...sobs)..oleh itu aku bertekad nak daftar perniagaan..and at the same time nak rebrand balik..nama diyalova tu macam budak2 ja..dah la tak elegant..sapa ntah kasi nama (ketuk kepala sendiri)..so plan aku bulan 4 ni nak kena register and update page aku with new stuff and new name...say my name say my name..yeah..

2) Belajar menjahit

cita-cita aku dulu kini dan selamanya adalah nak buka library-boutique-cafe...tengok betapa tamak halobanya aku sampai nak cramp 3 benda dalam satu kedai..,muahaha (gelak tamak)...aku pon start dengan baby step iaitu have my own online boutique dulu (diyalova) yang menjual tudung2...after this aku plan nak jual baju pula..baju haruslah yang aku design dan jahit sendiri ..pergh..bunyi macam banyak ja masa aku..hehe...So aku kena la belajar menjahit..so far aku pon tak sempat lagi nak survey tempat kursus menjahit..hopefully bulan 4 ni dah boleh start belajar..and aku kena beli machine jahit nanti....of cuz lah kena buat pinjaman dengan bank UKBH (ummi ku baik hati)..eheh


3) Belajar mengaji (tajwid & taranum)

Aku selalu jealous bila dengar orang baca dengan taranum...bila aku baca bunyi cam kayu sikit...so aku tekad nak belajar bertaranum juga..tapi sebelum nak belajar bertaranum kenalah belajar balik tajwid. maklumlah dulu belajar mengaji time sekolah rendah, sekarang baca pon ikut suka ja..kalau tanya tentang tajwid, confirm aku terus buat2 hilang ingatan..sobs...Aku dah dapat cikgu yang sudi mengajar aku, seminggu sekali pon jadi la..Insya-allah akan start dalam masa terdekat...gambate!

4) Belajar Revit 

Revit ni merupakan software untuk 3D, sekarang dah banyak company start guna Revit especially developer and big company...So sebelum aku balik semula ke KL dan start cari kerja, haruslah aku terror Revit dulu..baru lah up sikit market aku, nak mintak kerja pon boleh demand2 gitueww...so far aku dah slowly start belajar...hopefully dalam 3-4 months dah terror tahap bila orang tengok diorang akan start nyanyi tunjuk ajar ku sifu..ngeee

5) Belajar berenang

Aku dah lama dah teringin nak belajar berenang..sedih juga kalau mandi manda di pantai atau air terjun, aku macam ikan menggelupur tunggu nak mati dalam air tu..sobs..so macam mana pon aku kena belajar berenang tak kira tak kira..tak tahu la siapa yang sudi mengajar aku ni...nak berenang pon aku tak tahu kat mana..ada juga aku terjun dalam empangan timah tasoh tu karang...dalam list aku ni la yang paling susah...but nothing is impossible bak kata encik nike..di mana ada kemahuan di situ pasti ada kolam untuk aku renang..eheh...


 So far tu jela list benda aku kena buat..nampak macam sikit an an, tapi nak start buat satu pon susah..sobs..mardiah silalah bertekad dengan semangat yang jitu...semoga plan aku berjalan dengan lancar..chaiyok! 


Monday, March 2, 2015

#PuncakSeringgit PART2

Continue dari kisah di Kuala Lumpur, after more than 1 hour flight maka sampai lah kitorang di negeri di bawah bayu...

Plannya nak pergi kundasang terus, tapi driver bagi suggestion kitorang buat island hopping dekat 3 pulau naik bot dengan harga yang murah. Dek kerana kitorang ni memang pencinta pulau, maka senanglah tergoda dengan tawaran tersebut..mehmehmeh..

Santek sangat pulau2 kat sini.

Fefeelinggg


After dah puas main air (baca celup kaki) dan menghitamkan diri di Pulau manukan dan Pulau Sapi, kitorang pon bertolak ke kundasang..tapi sebab hujan yang gila lebat terpaksa tukar plan pergi ke homestay di kaki bukit gunung kinabalu ja. Tak dapat la melawat dairy farm kundasang yang ada lembu meragut rumput dengan background gunung ala-ala new zealand tu ...hello apa barang nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari jauh, aku siap boleh tengok pemandangan dari atas gunung lagi..heh (seombong gila ayat aku..padahal frust gak tak dapat pergi kundasang..sobs)

Malam tu lepas mandi semua selamat ke alam mimpi. Esok pukul 4 pagi dah kena bangun sebab waktu solat dekat sabah sejam lebih awal. selepas mandi dengan air sejuk tahap beku otak dan solat subuh kitorang pon bertolak ke kaki gunung kinabalu.aku tak habis2 dengan conflict dalaman (budget besar gila masalah), risau nak naik gunung ke tidak. Takut juga if ada internal bleeding (rujuk accident dalam post before).. Last2 gadai jela naik gunung.tawakal ja if jadi apa2.

Memang penat gila nak panja gunung sebab tak prepare apa pon. Dah la first time nak panjat gunung. Before that, ada lah few time pergi jogging dan panjat tangga. Overall track dia tak susah sebab track yang dijaga, and mostly track tangga dan batu. Aku memang tak favor track jenis camni, tapi layan je la..jauh jugak nak sampai ke Laban Rata, ada dalam 6KM..fenat tak fenat memanjat..roughly setiap 1KM ada hentian yang disediakan pondok dan tandas...



 

Alhamdulillah after 5-6 hours sampai ke hostel di laban rata. sampai2 terus disambut oleh hot chocolate RM12 yang Jijah beli..pergh inilah chocolate panas paling sedap penah aku rasa (padahal bila dah naik gunung semua makanan automatik akan jadi paling sedap..ngeee)..





Penginapan dekat laban rata ni memang mahal.walaupun dah bayar mahal, jangan harap la nak dapat bilik 5 star dengan air panas bagai. asal dapat katil dah kira patut sujud syukur. Makan disediakan secara buffet tapi memang sedap. Sambil makan tu sempat berkenalan dengan seorang uncle (pilot MAS kot) yang datang dengan geng alumni kolej dia.pergh best gila reunion panjat gunung kinabalu. Sporting gila uncle ni, seronok sembang. Ramai juga foreigner yang datang. Kiranya haritu memang sesak jugak la maklumlah weekend. After makan terus naik bilik dan tidur...zzzz....kena lah rehat puas2 sebab esoknya pukul 2 pagi dah kena bangun.

Pukul 2.30 pagi kitorang pon bergerak untuk panjat ke summit. Panjat ke summit ni memang mencabar sebab time tu masih penat + mengantuk + malam tak nampak apa + cuaca yang sejuk gila bak hang...Aku jalan berdua dengan Jijah dengan gaya ala-ala zombie-kampung-pisang-berbuah-dua-kali. Paling aku tak boleh lupa bila berjalan sambil tengok ke langit. Subhanallah, memang sangat awesome. tambah awesome bila tiba2 ada orang bacakan ayat Al-Quran.pergh..seram sejuk juga sebab tak tahu siapa yang baca. terasa betul kebesaran Allah meihat view awesome terbentang luas depan mata. Tak henti mulut aku bertakbir sebab terlalu kagum plus memang dah jadi amalan aku untuk bertakbir ketika panjat (sebab aku pernah baca tips nak senang panjat gunung kena takbir, nak turun kena selawat)...

Tepat pukul 6 pagi, kitorang hampir sampai ke puncak. waktu tu matahari dah start nak keluar. Apa lagi terus berlari ke puncak sebab takut nanti terlepas subuh sebab 6.30 pagi dah syuruk. time tu dah tak fikir penat dan sejuk. Sampai ja dekat puncak memang nak nangis la sebab suhu tahap beku. tangan menggigil macam apa ja. Cepat2 tangkap gambar dan cari port nak solat subuh. Memang seksa bila kena ambil wudhu' atas puncak. Kaki dan tangan ni memang dah numb.Solat pon menggigil teruk.tapi Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak solat dekat puncak.

Abaikan muka ketat aku sebab tengah sejuk tahap beku

Selepas turun sedikit dari puncak, matahari dah tinggi sikit. cuaca pon makin elok dan sudah kurang sejuk, maka bermulalah sesi menangkap gambar (sapa tak tangkap gambar lepas penat panjat gunung ni memang something wrong..huhu) breathtaking sangat scenery dari atas gunung. dah tak nampak tanah, yang nampak hanya awan. tapi yang tak bestnya kitorang tak dapat lepak lama dekat atas sebab nak kejar masa check out dari hostel laban rata. mau taknya, if check out lambat, setiap sejam akan di charge RM100..pergh, pengsan tak pengsan nak membayarnya.

Nah aku belanja sikit gambar dekat atas gunung Kinabalu...







Selepas breakfast dan mandi, kitorang bertolak turun dari laban rata. Part turun ni memang paling seksa walaupun sebenarnya turun bukit adalah favourite aku. Tapi sebab kesan injury dari accident haritu memang seksa habis. Setiap kali melangkah turun ja, dada aku akan sakit teruk. Terus aku jadi 'mental', time tu dah tak tunggu orang dah. dalam otak dok aim nak sampai kaki gunung secepat mungkin.Yang kelakarnya sempat aku berkenalan dengan a group of singaporean. Diorang boleh nak jalan dengan aku. siap ikut lagi style aku turun dari bukit tu (padahal aku turun dah macam nenek si bongkok tiga)..haha..akhirnya berjaya sampai ke kaki gunung dengan Singaporean ni.





Dengan geng Singaporean

Selepas semua geng aku turun dari kaki gunung Kinabalu. Kitorang bertolak pulang ke Kota Kinabalu. Malam tu kitorang menginap di condo marina bay yang memang selesa. Kalau pergi Kota Kinabalu tak makan seafood memang rugi. Seafood dia fresh sampai tahap makan tu rasa laut je (nampak sangat nipunye..huhu) tapi serious kena makan seafood kat sini.

Esoknya, sebelum pulang ke Kual Lumpur sempat lagi shopping souvenir di Pasar Filiphina (driver kata nama dia pasar Filiphina sebab ramai orang philiphine berniaga di sini)..Aku pon tak shopping apa sangat, just key chain (pelancong sangattt), gelang n keronsang untuk family and kawan.

Selamat tiba di KLIA2 jam 2 petang..Overall it was a very awesome + marvelous experience. Tak sabar nak hiking lagi..next maybe Nepal or Rinjani..hopefully next year dah dapat pergi..Aminnn

Friday, February 27, 2015

#PuncakSeringgit PART1

Dah lama gila tak update blog...actually haritu lupa password, so jadi malas la nk update...tuptaptuptap tiba2 dapat buka balik..saja la tu dulu tak nak bagi aku update...ngeeee

So here it goes my latest post after 1 year... #puncakseringgit
why #puncakseringgit?? sila ambil duit seringgit lama (bukan yg zaman tok kadok tu) , tengok puncak apa yang ada dekat duit tu...haa gituew..payah betul nak bagitau puncak gunung kinabalu..buahaha...

Actually dah lama sangat plan nak tawan puncak ni..walaupun realitinya, bukan pernah pon panjat any gunung..bukit tabur penah la..kuikuikui...tapi dengan semangat yang jitu, nak juga panjat gunung kinabalu...konon2 one of the thing I need to do before getting married...tapi bila nak get married pon tak tahu la..haha

after all the things happened to my family, makin kuat feeling nak panjat gunung..plannya nak pergi end of 2015...tapi tiba2 ada groupon pulak early 2015 (from RM1000++ tinggal RM350 ja)..hmmm...terpaksalah pergi..haha..sebenarnya sebab aina (my partner in crime) yang ajak pegi feb 2015..if tak pergi dengan dia, dengan siapa lagi nak pergi ye dok..maka dengan duit simpanan (berkat jimat makan tahap boleh nangis orang lain tengok) sambil disponsor sikit..aku pon jadi la pergi...

Nak dijadikan cerita, sebelum pergi kota kinabalu tu macam2 dugaan la juga ditempuhi...
pergi KL dengan my bestie cik rarabangs...naik train syok bak hang..tambah bila ada geng bersembang..lepak dekat cafe dalam train sambil makan maggi tomyam (terangkat habis kot) sambil2 selfie...muahaha...



Lagi best, train siap berhenti dekat stesen butterworth lama pulak tu..almost 1 hour gak la..sempat lagi pergi tandas dan main tangkap2 gambar..stesen keretapi pon cantik maklumlah dah upgrade..kuddos to ktm...

saja upload gambar ni sebab aku nampak kurus..ngeee


Dah sampai KL pulak ada dugaan dia..haritu cik rara ada interview..so as kawan baik yang cumel lagi baik hati..ehek...aku pon hantar la dia ke tempat interview pinjam motor aina yang juga baik hati tapi tak secumel aku..eh!..

nk dipendekkan cerita, time balik tu hujan dengan sangat lebat tanpa belas kasihan pada kitorang ni..dengan jalan yang licin..the worst thing happened, dengan sekelip mata motor yang aku bawak tak boleh dikawal..maka accident la kitorang (rupanya tayar belakang dah botak)..syukur tak ada kereta at that time..first thing aku fikir time tu cik rara okey ke idok..takut la kalau ada apa2, anak orang tu kot..sobs..nasib tak ada apa2..aku teruk sikit la..lebam kaki, luka kat tangan and sakit kat dada...Ya ampun esok dah nak pergi kota kinabalu, hari ni boleh accident...sobs

Malam tu aku pergi la buat check up dekat hospital Sg. Buloh...ramainya orang tak payah cerita la...turn aku dari pukul 10 malam tunggu, pukul 1 pagi baru jumpa doctor....kena buat x ray..nak tunggu doctor panggil pula, pukul 2 pagi pon tak panggil lagi...bayangkan pukul 3 dah janji dengan kawan nak pergi KLIA2...barang tak siap pack lagi..ya ampun...sabar je la...nak tak nak terpaksalah aku blah tanpa tunggu result xray dan ambil ubat..kiranya nak panjat gunung ni berserah je la...memang kalau tau dek umi ni mau kena backhand sedas..hoho

Dengan lajunya aina memecut balik ke rumah (actually sempat singgah downtown Kota damansara cari barang dulu...ngeee)..terus packing dan pukul 3.30 bertolak ke KLIA 2... Tepat pukul 7.30 pagi, flight departs ke kota kinabalu...nak tahu apa jadi kat kinabalu tunggu next part sebab tangan dah macam letih menaip..eceh..


Adiosss Kuala Lumpur!!