Subhanallah, rasa berkobar2 sangat nak berblog..entah terkena virus apa la..
maybe sebab ada benda nak dikongsi, tapi tak tahu mana nak luah..
Tak kisah la ada orang baca ke tak kan..hehe~
"Saya lebih suka menggunakan perkataan kembali pada fitrah, daripada berhijrah" - Farazila, isteri guitarist sham kamikaze.
Sekarang memang menjadi fenomena artis yang dulunya free hair kini bertudung.Alhamdulillah, fenomena yang sangat baik.Tak kisah la orang nak kata artis tu bertudung ikhlas ke tak ikhlas.kita ni tuhan ke nak tentukan orang ikhlas ke tidak?
Seperti kata Farazila,lebih sesuai menggunakan ayat kembali kepada fitrah. Kerana menjadi fitrah manusia untuk menyembah/beribadah kepada Allah. Mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
maka kalau bukan untuk menyembah/beribadah kepada Allah, kita tidak dicipta dimuka bumi ini. Salah satu fitrah yang ingin saya bincangkan adalah fitrah menutup aurat terutama bagi kaum hawa.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur 24:31)
Jelas didalam Al-Quran menutup aurat bukan sekadar diluar rumah,di tempat ibadah mahupun semasa menghadiri kelas agama sahaja..tetapi menutup aurat di hadapan bukan mahram.Tak kira la sepupu kita ka, kawan baik lelaki kita ka, tukang kebun kita ka.
Selain itu menutup aurat juga bukan sekadar bertudung, tetapi perlu la menutup semuanya kecuali tapak tangan dan wajah..banyak lagi boleh dikupas mengenai menutup aurat mahupun bertudung,insya-Allah, akan dikongsi dilain kali. Lebih best baca post yang short and sweet kan dari panjang berjela2.
Anyway, sudahkah kita kembali kepada fitrah? A question to myself also^^
No comments:
Post a Comment