Wednesday, April 4, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia

Lama tak berblog..rindu..betul..hehe..
after this nak start blog benda2 yg bermanfaat pula insya-Allah..
Tiba2 jari jemari pon dah rasa kaku nak menaip..dah terbiasa bertwitter, ayat pon kena pendek2..thee
Anyway, nak share pasal Konvensyen Bidadari Dunia



Masya-Allah, konvensyen ni sangat awesome!macam2 topic dikongsi oleh 19 speakers terdiri dari nama2 yang popular dalam bidang masing2 seperti Dr.Zawiyah, Dr.Muhaya, Ustazah Bahiyah, Fatimah Syahra, Wardina Soffiyah, Datin Zaleha, Catriona Ross, Irma Hasmie, Nora dan ramai lagi.

Antara topik2 yang dikongsi adalah kisah 4 wanita islam yg disayangi Allah(Asiah,Fatimah Zahra,siti khadijah,aishah),topic mengenai rumah tangga,tips bagaimana nak menjadi wanita berkarisma,bagaimana nak berdakwah,topik pasal fashion,bahagia membahagiakan dan banyak lagi yang berkaitan dengan wanita.

Paling tersentuh semasa slot Fesyen yes or no. Pada permulaan slot, Wardina membaca surah Al-hashr : 18-24 berserta tafsiran sambil mengalirkan air mata...tangisan seorang yang begitu tersentuh membaca ayat Al-Quran. Masya-Allah, bergetar hati ini mendengarnya. Paling tak boleh lupa ayat ini

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. (59:19)

Jika kamu lupakan Allah, Allah akan buat kamu lupa diri kamu!Semoga kita sentiasa mengingati-Nya.

Slot titian syurga juga menarik. Speaker yang terdiri dari selebriti tanah air iaitu aimie(juara solehah),irma hasmie,nora,ustazah fairuz(ustazah pilihan) dan isteri sham kamikaze berkongsi kisah penghijrahan masing2.

Rasa seronok sangat dapat join konvensyen ni..penuh pengisian dan manfaat..Insya-Allah, kalau umur panjang hope dapat join next year punya konvensyen. Kalau tak pun banyak lagi seminar2 islamik begini dianjur. Kalau ada kelapangan, apa salahnye kita memenuhi masa dengan majlis ilmu, ye tak?

No comments: