Tuesday, September 21, 2010

raya oh raya~

aish..bila datang mood nak tulis blog, idea mencurah-curah ke ladang gandum..
bila malas, idea macam musim kemarau je...hoho
kali ni pasal raya..
bila sebut ja raya, hati berbunga-bunga, meletup-letup macam bunga api..
sebulan sebelum raya sudah fikir baju raya color apa, nak kasut raya matching la..
puasa pon belum habis kot..
tiket balik kampung awal2 lagi dah habis..
nasib ada tiket tambahan, kalau tak raya dekat kl la dengan mamat indon construction depan kolej..haru...
syahdu sahaja rasa bila on the way nak balik..
macam mana la rasanya mereka di perantau..
hari raya ada klas, belum lagi part beraya dengan keluarga dalam skype..
tak apa pengalaman berharga, sesekali teringin juga merasa..hehe
bila dah balik rumah, mula la sibuk..
segala mak datuk punya assignment tolak tepi dulu..
Persiapan raya bukannya ala kadar..macam2 kena buat..
Hari raya lagi la sibuk..
beraya sana, beraya sini..
dapat jumpa sanak sedara yang setahun sekali nampak batang idung..
reunion dengan member sekolah..memang bahagia..
tapi tempoh 2 minggu bahagia dah tamat..
sekarang tempoh sengsara dah bermula..
segala mak datuk punya assignment kena siapkan..
mula la nk garu kepala, nak garu idung, nak garu benda2 lain yang boleh digaru...huu...
ni la nasib kalau raya tak ingat dunia..haru...
raya oh raya...

No comments: