Sunday, December 27, 2009

kenangan sekolah rendah <3

Beberapa hari yang lalu, abah ada bagitau..
cikgu najmi (adik aku) datang menghantar pizza ke rumah..
wah, layanan apakah ini? *aku sedikit jelez*
tak sangka cikgu adikku sanggup menghantar sendiri pizza ke rumahku..
semuanya gara-gara result upsr adikku..
lebih mengharukan cikgu adikku menangis ketika adikku menerima resultnya..
sebagai kakak aku bangga, bukan sahaja kerana result itu tetapi kerana adikku berjaya membalas segala titik peluh cikgunya...
bukankah itu lebih berharga apabila kita dapat membalas jasa baik cikgu yang selama ini membimbing kita??
teringat zaman sekolah rendahku..
ketika masih lagi kanak2 rebina...
Cikgu Sim, cikgu hafizah, teacher yg tersayang dan cikgu2 yang tak akan aku lupa...
teringat desakan mereka supaya aku memeriksa semula result upsrku..
aku sangat terharu dengan kepercayaan mereka...
kenangan darjah enam yang akan terus segar diingatan...
hubunganku dan rakan sekelas yang sangat akrab...
teringat persaingan antara pelajar lelaki dan perempuan, apatah lagi mendapat kerjasama dari cikgu2..hehehe
teringat apabila aku dan seorang kawan lelaki sentiasa bersaing merebut tempat pertama di dalam kelas...
walaupun aku hanya pelajar baru, tapi layanan dan tumpuan yang diberikan seolah sudah bertahun aku bersekolah di situ..
sumpah aku sangat rindu keluarga SENAku...
semoga ingatan ini akan abadi..
dan semoga aku dapat membalas jasa baik pensyarahku kini...
mardiah..fighting!!



~AKU n ELLY~
kawan karibku dari darjah enam =]

No comments: