Monday, March 9, 2015

Bulatan gembira =)

Assalamualaikum,

Post kali ni memang special, pasal apa special? sebab aku yang kata special, eh suka hati aku la nak kata apa pon (flip shawl)

Okey serious sikit...

Aku sebenarnya dah lama tak contact dengan kak naqibah aku, kak mira ..dulu dekat KL aku ada join usrah ...usrah? apa tu usrah? usrah tu macam kuih karipap tapi lagi sedap *wink* eh acah je, jangan nanti g kedai kuih cari kuih usrah pulak...haru! haha..usrah tu bulatan gembira aka study circle..nanti dalam next entry aku cita panjang pasal usrah hokay?

Back to the topic..haritu tak ada angin tak ada ribut apatah lagi hujan , tiba2 kak mira what's up aku. Kami saling bertanya khabar. Aku pon bagi tahu dia yang aku rinduuuuu sangat nak usrah sambil nangis2 meraung2 (yang ni aku tipu jugak..ngeee)

Tiba2 Kak Mira bagi aku suggestion untuk buat group usrah sendiri di Perlis.. woooo...wait a minute! Me? ha ha ha.. i olls ni bukannya layak lagi nak jadi naqibah..nak jadi naqibah ni mesti ada ilmu. macam mana nk guide orang lain kalau diri sendiri pon tunggang terbalik, ye dok..Tapi kak mira insists juga. Dia kata dia yakin dengan aku..gila terharu aku baca..thanks kak mira for believing in me (sambil lap air mata) ..but still no! aku still tak ada keyakinan nak jadi naqibah..

Fikir punya fikir, dan terus berfikir lagi...aku dapat idea...why dont, instead of jadi naqibah aku jd macam moderator..means orang yang handle ja...kiranya usrah yang aku nak buat ni lebih kepada gathering to share and discuss certain topic related to islam, so everyone kena bagi input n ouput..of cuz nanti banyak persoalan yang kitorang maybe tak tahu, so aku akan kumpul soalan tu and nanti pass dekat naqibah aku or orang lain yang lebih berilmu...haa, amacam idea aku..macam bernas kan? (flip shawl)...Kak mira setuju dengan idea aku, katanya as long ada halaqah (circle) of remembering Allah through knowledge boleh la..so yeay!!

Aku pon terfikir mana nak cari orang join usrah ni? Aku bukannya fofular nak ajak orang cenggitu aja.. so aku buatlah post bebas dekat fb supaya senanglah orang2 Perlis yang dalam friend list aku nak tahu tentang usrah ni. At first, malu juga nak post sebab nanti orang kata poyo la, nak menunjuk la...tapi kalau nak kisah apa orang cakap, apa pon tak boleh..so aku pon post juga status mencari geng usrah..Memang risau juga kalau tak ada orang yang berminat...mau lari balik kl gak aku ni..huhu..tapi alhamdulillah, ada yang PM aku berminat nak join..yeay.. selain tu bestfriend2 aku pon rela hati nak join..rela ka??tettt...hahaha..tapi benda baik mestila orang nak join an an..bukan aku ajak join kelas tarian tiang ke apa (apsal tarian tiang???)

Insya-Allah, after this dah boleh start dah kot..nak start cari topik yang sesuai..cari tempat yang sesuai...cari masa yang sesuai...semua yang sesuai la..Semoga Allah permudahkan..Amiin!


"Whenever people gather in one of the house of Allah for reading the Qur'an and teaching it to one another, peace descends upon them, mercy covers them, angels spreads their wings over them and Allah mentions them to those around Him" (Muslim)

Gambar not owned by me, ambil dkt google sebab comei angat!




No comments: