Monday, March 2, 2015

#PuncakSeringgit PART2

Continue dari kisah di Kuala Lumpur, after more than 1 hour flight maka sampai lah kitorang di negeri di bawah bayu...

Plannya nak pergi kundasang terus, tapi driver bagi suggestion kitorang buat island hopping dekat 3 pulau naik bot dengan harga yang murah. Dek kerana kitorang ni memang pencinta pulau, maka senanglah tergoda dengan tawaran tersebut..mehmehmeh..

Santek sangat pulau2 kat sini.

Fefeelinggg


After dah puas main air (baca celup kaki) dan menghitamkan diri di Pulau manukan dan Pulau Sapi, kitorang pon bertolak ke kundasang..tapi sebab hujan yang gila lebat terpaksa tukar plan pergi ke homestay di kaki bukit gunung kinabalu ja. Tak dapat la melawat dairy farm kundasang yang ada lembu meragut rumput dengan background gunung ala-ala new zealand tu ...hello apa barang nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari jauh, aku siap boleh tengok pemandangan dari atas gunung lagi..heh (seombong gila ayat aku..padahal frust gak tak dapat pergi kundasang..sobs)

Malam tu lepas mandi semua selamat ke alam mimpi. Esok pukul 4 pagi dah kena bangun sebab waktu solat dekat sabah sejam lebih awal. selepas mandi dengan air sejuk tahap beku otak dan solat subuh kitorang pon bertolak ke kaki gunung kinabalu.aku tak habis2 dengan conflict dalaman (budget besar gila masalah), risau nak naik gunung ke tidak. Takut juga if ada internal bleeding (rujuk accident dalam post before).. Last2 gadai jela naik gunung.tawakal ja if jadi apa2.

Memang penat gila nak panja gunung sebab tak prepare apa pon. Dah la first time nak panjat gunung. Before that, ada lah few time pergi jogging dan panjat tangga. Overall track dia tak susah sebab track yang dijaga, and mostly track tangga dan batu. Aku memang tak favor track jenis camni, tapi layan je la..jauh jugak nak sampai ke Laban Rata, ada dalam 6KM..fenat tak fenat memanjat..roughly setiap 1KM ada hentian yang disediakan pondok dan tandas...



 

Alhamdulillah after 5-6 hours sampai ke hostel di laban rata. sampai2 terus disambut oleh hot chocolate RM12 yang Jijah beli..pergh inilah chocolate panas paling sedap penah aku rasa (padahal bila dah naik gunung semua makanan automatik akan jadi paling sedap..ngeee)..





Penginapan dekat laban rata ni memang mahal.walaupun dah bayar mahal, jangan harap la nak dapat bilik 5 star dengan air panas bagai. asal dapat katil dah kira patut sujud syukur. Makan disediakan secara buffet tapi memang sedap. Sambil makan tu sempat berkenalan dengan seorang uncle (pilot MAS kot) yang datang dengan geng alumni kolej dia.pergh best gila reunion panjat gunung kinabalu. Sporting gila uncle ni, seronok sembang. Ramai juga foreigner yang datang. Kiranya haritu memang sesak jugak la maklumlah weekend. After makan terus naik bilik dan tidur...zzzz....kena lah rehat puas2 sebab esoknya pukul 2 pagi dah kena bangun.

Pukul 2.30 pagi kitorang pon bergerak untuk panjat ke summit. Panjat ke summit ni memang mencabar sebab time tu masih penat + mengantuk + malam tak nampak apa + cuaca yang sejuk gila bak hang...Aku jalan berdua dengan Jijah dengan gaya ala-ala zombie-kampung-pisang-berbuah-dua-kali. Paling aku tak boleh lupa bila berjalan sambil tengok ke langit. Subhanallah, memang sangat awesome. tambah awesome bila tiba2 ada orang bacakan ayat Al-Quran.pergh..seram sejuk juga sebab tak tahu siapa yang baca. terasa betul kebesaran Allah meihat view awesome terbentang luas depan mata. Tak henti mulut aku bertakbir sebab terlalu kagum plus memang dah jadi amalan aku untuk bertakbir ketika panjat (sebab aku pernah baca tips nak senang panjat gunung kena takbir, nak turun kena selawat)...

Tepat pukul 6 pagi, kitorang hampir sampai ke puncak. waktu tu matahari dah start nak keluar. Apa lagi terus berlari ke puncak sebab takut nanti terlepas subuh sebab 6.30 pagi dah syuruk. time tu dah tak fikir penat dan sejuk. Sampai ja dekat puncak memang nak nangis la sebab suhu tahap beku. tangan menggigil macam apa ja. Cepat2 tangkap gambar dan cari port nak solat subuh. Memang seksa bila kena ambil wudhu' atas puncak. Kaki dan tangan ni memang dah numb.Solat pon menggigil teruk.tapi Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak solat dekat puncak.

Abaikan muka ketat aku sebab tengah sejuk tahap beku

Selepas turun sedikit dari puncak, matahari dah tinggi sikit. cuaca pon makin elok dan sudah kurang sejuk, maka bermulalah sesi menangkap gambar (sapa tak tangkap gambar lepas penat panjat gunung ni memang something wrong..huhu) breathtaking sangat scenery dari atas gunung. dah tak nampak tanah, yang nampak hanya awan. tapi yang tak bestnya kitorang tak dapat lepak lama dekat atas sebab nak kejar masa check out dari hostel laban rata. mau taknya, if check out lambat, setiap sejam akan di charge RM100..pergh, pengsan tak pengsan nak membayarnya.

Nah aku belanja sikit gambar dekat atas gunung Kinabalu...







Selepas breakfast dan mandi, kitorang bertolak turun dari laban rata. Part turun ni memang paling seksa walaupun sebenarnya turun bukit adalah favourite aku. Tapi sebab kesan injury dari accident haritu memang seksa habis. Setiap kali melangkah turun ja, dada aku akan sakit teruk. Terus aku jadi 'mental', time tu dah tak tunggu orang dah. dalam otak dok aim nak sampai kaki gunung secepat mungkin.Yang kelakarnya sempat aku berkenalan dengan a group of singaporean. Diorang boleh nak jalan dengan aku. siap ikut lagi style aku turun dari bukit tu (padahal aku turun dah macam nenek si bongkok tiga)..haha..akhirnya berjaya sampai ke kaki gunung dengan Singaporean ni.





Dengan geng Singaporean

Selepas semua geng aku turun dari kaki gunung Kinabalu. Kitorang bertolak pulang ke Kota Kinabalu. Malam tu kitorang menginap di condo marina bay yang memang selesa. Kalau pergi Kota Kinabalu tak makan seafood memang rugi. Seafood dia fresh sampai tahap makan tu rasa laut je (nampak sangat nipunye..huhu) tapi serious kena makan seafood kat sini.

Esoknya, sebelum pulang ke Kual Lumpur sempat lagi shopping souvenir di Pasar Filiphina (driver kata nama dia pasar Filiphina sebab ramai orang philiphine berniaga di sini)..Aku pon tak shopping apa sangat, just key chain (pelancong sangattt), gelang n keronsang untuk family and kawan.

Selamat tiba di KLIA2 jam 2 petang..Overall it was a very awesome + marvelous experience. Tak sabar nak hiking lagi..next maybe Nepal or Rinjani..hopefully next year dah dapat pergi..Aminnn

No comments: