Thursday, April 12, 2012

Im 23 years old!

Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur selama 23 tahun!
Rasa macam baru semalam ja menyambut birthday yang ke 17..haha
Bila dah 23 ni, rasa macam dah cukup dewasa. Orang kata dah cukup masak..yeka?
Alhamdulillah juga, umur 23 dah ada degree, dah ada kerja, dah ada kereta. Tapi keluarga sendiri je tak da..haha

Insya-Allah, bila umur dah 23 ni, kena la berubah.
Berubah jadi muslimah yang lebih baik, jadi Anak yang lebih baik, Jadi kakak yang lebih baik, jadi sahabat yang lebih baik dan jadi perkerja yang lebih baik.

Orang kata bukan mudah nak berubah, tapi kalau kita tak mulakan dr sekarang. Dunia nak kiamat pon kita still dengan perangai yang sama kan?
Ok la sekarang nak story mory about my Birthday celebration. Im so lucky ada rmai yang ambil berat tentang diri ini.

One week before my bday , Pario (my gang from UM) celebrated my bday..Seronok sangat dapat kumpul since we all memang teramat sangatlah busy with work n study. Thanks Pario for the party at Serdang^^



Then On my bday, celebrate with Aiman and her sis at TGI Friday and Tutti Frutti. Thanks kak isya for the treat^^

next day celebrate with my bestie, Iffah.Hah, yang ni memang kejutan sangat. Mula janji nak celebrate berdua ja.rupanya dia dah plan with her frens (yang aku dah kenal) for surprise bday party..memang terharu sangat.Thanks Iffah and the gang^^



After this tak sabar nak celebrate with my family and Ana&Saza^^

Thanks everyone for the love. Hugs ketat-ketat.xoxo

Bersih ke?

Menjelang pilihan raya ni macam2 isu timbul, macam2 ragam dan macam2 cara digunakan oleh parti politik untuk menarik pengundi..
Sekarang kecoh dengan perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada penghujung April.
Adakah Bersih ini sememangnya bersih?
Tepuk dada, tanya iman.

Kita dapat lihat sekarang zaman kebangkitan. Demonstrasi dijalankan di seluruh dunia. Namun bukan semua demonstrasi itu membawa kebaikan, bahkan ada yang membawa kepada kerugian.

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata,
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-An'aam 6:116)


Saya tidak menyokong or menghalang sebarang demonstrasi yang diadakan untuk kebaikan.
Rakyat ada hak untuk menyuarakan pendapat mereka sendiri. Tetapi jika ia membawa kepada perpecahan umat Islam, saya menolak sekeras-kerasnya.
Saya tertanya-tanya adakah Bersih diadakan untuk menegakkan keadilan atau menegakkan parti2 tertentu? Adakah Bersih dapat memecahkan umat Islam di negara kita?

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai” (Ali Imraan; 103)


Kalau rasa join Bersih membawa kebaikan, teruskan..tetapi haruslah mempunyai pengetahuan mengenainya.Bukan ikut membabi buta.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Israa' 17:36)


Kalau betul ini perhimpunan aman, maka jalankan dengan aman.Jika ini perhimpunan untuk keadilan, pastikan dijalan dengan penuh keadilan. Tiada putar belit fakta. Tiada lakonan semata-mata. Kerajaan juga harus mencari inisiatif supaya segalanya berjalan dengan aman. Kebajikan rakyat harus dijaga walaupun didalam perhimpunan ini.

Semoga kita tahu apa yang kita buat ini benar atau salah.

Wednesday, April 4, 2012

Kembali pada fitrah

Subhanallah, rasa berkobar2 sangat nak berblog..entah terkena virus apa la..
maybe sebab ada benda nak dikongsi, tapi tak tahu mana nak luah..
Tak kisah la ada orang baca ke tak kan..hehe~

"Saya lebih suka menggunakan perkataan kembali pada fitrah, daripada berhijrah" - Farazila, isteri guitarist sham kamikaze.

Sekarang memang menjadi fenomena artis yang dulunya free hair kini bertudung.Alhamdulillah, fenomena yang sangat baik.Tak kisah la orang nak kata artis tu bertudung ikhlas ke tak ikhlas.kita ni tuhan ke nak tentukan orang ikhlas ke tidak?

Seperti kata Farazila,lebih sesuai menggunakan ayat kembali kepada fitrah. Kerana menjadi fitrah manusia untuk menyembah/beribadah kepada Allah. Mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

maka kalau bukan untuk menyembah/beribadah kepada Allah, kita tidak dicipta dimuka bumi ini. Salah satu fitrah yang ingin saya bincangkan adalah fitrah menutup aurat terutama bagi kaum hawa.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur 24:31)


Jelas didalam Al-Quran menutup aurat bukan sekadar diluar rumah,di tempat ibadah mahupun semasa menghadiri kelas agama sahaja..tetapi menutup aurat di hadapan bukan mahram.Tak kira la sepupu kita ka, kawan baik lelaki kita ka, tukang kebun kita ka.

Selain itu menutup aurat juga bukan sekadar bertudung, tetapi perlu la menutup semuanya kecuali tapak tangan dan wajah..banyak lagi boleh dikupas mengenai menutup aurat mahupun bertudung,insya-Allah, akan dikongsi dilain kali. Lebih best baca post yang short and sweet kan dari panjang berjela2.

Anyway, sudahkah kita kembali kepada fitrah? A question to myself also^^

Konvensyen Bidadari Dunia

Lama tak berblog..rindu..betul..hehe..
after this nak start blog benda2 yg bermanfaat pula insya-Allah..
Tiba2 jari jemari pon dah rasa kaku nak menaip..dah terbiasa bertwitter, ayat pon kena pendek2..thee
Anyway, nak share pasal Konvensyen Bidadari Dunia



Masya-Allah, konvensyen ni sangat awesome!macam2 topic dikongsi oleh 19 speakers terdiri dari nama2 yang popular dalam bidang masing2 seperti Dr.Zawiyah, Dr.Muhaya, Ustazah Bahiyah, Fatimah Syahra, Wardina Soffiyah, Datin Zaleha, Catriona Ross, Irma Hasmie, Nora dan ramai lagi.

Antara topik2 yang dikongsi adalah kisah 4 wanita islam yg disayangi Allah(Asiah,Fatimah Zahra,siti khadijah,aishah),topic mengenai rumah tangga,tips bagaimana nak menjadi wanita berkarisma,bagaimana nak berdakwah,topik pasal fashion,bahagia membahagiakan dan banyak lagi yang berkaitan dengan wanita.

Paling tersentuh semasa slot Fesyen yes or no. Pada permulaan slot, Wardina membaca surah Al-hashr : 18-24 berserta tafsiran sambil mengalirkan air mata...tangisan seorang yang begitu tersentuh membaca ayat Al-Quran. Masya-Allah, bergetar hati ini mendengarnya. Paling tak boleh lupa ayat ini

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. (59:19)

Jika kamu lupakan Allah, Allah akan buat kamu lupa diri kamu!Semoga kita sentiasa mengingati-Nya.

Slot titian syurga juga menarik. Speaker yang terdiri dari selebriti tanah air iaitu aimie(juara solehah),irma hasmie,nora,ustazah fairuz(ustazah pilihan) dan isteri sham kamikaze berkongsi kisah penghijrahan masing2.

Rasa seronok sangat dapat join konvensyen ni..penuh pengisian dan manfaat..Insya-Allah, kalau umur panjang hope dapat join next year punya konvensyen. Kalau tak pun banyak lagi seminar2 islamik begini dianjur. Kalau ada kelapangan, apa salahnye kita memenuhi masa dengan majlis ilmu, ye tak?