Day 4, Kitorang plan nak tengok cherry blossom dekat jinhae cherry blossom festival, memandangkan masih di awal spring, tiada cherry blossom di Seoul..terpaksa la tengok dekat suburb area near busan. Daerah jinhae terletak agak jauh dari Seoul, naik bus ja mengambil masa hampir 4 jam..oleh kerana lambat membeli tiket bus, terpaksa la kitorang naik bus pukul 1 dan sampai sana lebih kurang pukul 5.Tiket bus lebih kurang dalam RM40 juga la.It was a great experience tho.Kitorang ada singgah di perhentian yang tasiknya cantik sangat.
Air Tasik ni hijau. Bila dah masuk kawasan suburb, nmapak pemandangan kampung mang best. Sampai je di kawasan Jinhae, mang bahagia la tengok cherry blossom. Ada lebih kurang 2 jam untuk tengok cherry blossom sebelum hari gelap. Mang rushing la cari port terbaik. Berjaya juga tangkap gambar dengan cherry blossom. Dream came true kot ^^
Jinhae Cherry Blossom Festival ni memang famous, tu yang tiket bus and train cepat sold out. Bus kitorang balik ke Seoul hanya available pukul 12 tengah malam, tu pon last bus!! terpaksa la juga tunggu dari tidur dekat stesen bus sampai pagi. Seronok juga la jalan2 dekat kawasan pesta. Yang tak bestnya semua kedai ada sedia pork panggang. mang sebesar alam punya pork la dorang display..haha..penat berpusing pekan jinhae ni sampai lenguh kaki2
View Cherry blossom waktu malam. Finally bus kitorang bertolak balik ke Seoul. Pukul 4 pagi juga sampai Seoul. Nak balik naik Cab mang jauh la n mahal, so kitorang decided lepak dekat Lotteria Fast food sementara tunggu LRT beroperasi. Kat sini kitorang biasanya akan makan shrimp burger dia, since tu ja yg halal..hoho.. Harga pon tak mahal sangat. stau set dalam RM12+ camtu..Rasa dia sedap. Boleh la makan disini, tapi jangan la gatal2 pergi order burger daging or ayam sebab confirm la xhalal, xsure sini ada jual burger pork x..
Start je LRT beroperasi, dengan muka zombienya kitorang balik. Sampai je hostel dah pukul 7 lebih, apa lagi sambung tidur la.. >.<
5th April 2013
Selepas puas tidur, kitorang decide nak habiskan jalan2 by today..mana2 tempat yang tak semppat pergi tu kena cover hari ni. Kitorang keluar hostel pon dah pukul 12 lebih. Kitorang pergi makan dekat Pizza Plus lagi..hehe..Hari terakhir ni kitorang jalan2 di sekitar Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square dan King Sejong statue.
Sempat juga kitorang pergi ke National Museum of Korea yang terletak di Yongsan-Gu. Cara pergi ke sana by subway :
Tiket masuk adalah percuma kecuali uktun special exhibition.
Malam pula kami shopping dekat dongdaemun. Cara pegi ke sana :
Dongdaemun Station : Line 1 or Line 4 (Exit 9)
Actually barang2 dekat dongdaemun takda la murah sangat, kena pandai tawar. Tapi memang banyak choice la. rambang mata. Fashion terkini. Pergh..Lain kali datang sila bawa duit lebih ye kalau rasa nak shopping. Selepas puas window shopping, kitorang balik ke hostel dengan penatnya. Bag masih tak pack, esok dah nak balik Malaysia!! Sedih juga malam last tak dapat naik N Tower, tak boleh tengok light show. Kaki dah tak larat nak mendaki bukit. Sobs T.T
5th April 2013 aka last day..sobs
Last day, kitorang decided nak last minute shopping at namdaemun n myeongdong ja since dekat dengan hostel. Kitorang kena naik bus pukul 2 sebab flight pukul 5.30 petang. Yang sedeynya kiotrang tak sempat nak try hanbok!! waa...nak nanges rasanya..next time pergi lagi korea, first thing kena buat ialah try hanbok for free! Sempat lagi makan kat Lotteria before fly balik malaysia. Finally kitorang selamat naik flight walaupun rushing sebab lambat..bayangkan gate buka half an hour before flight pastu kitorang kena transit dalam airport tu sebab tempat boarding jauh dr main gate..macam2 la..terkejar2 kitorang..Tapi syukur semuanya selamat.
Overall, it was a good experience. For me, Korea has so many things to offer. Walaupun pergi seminggu pon tak cukup nak cover bandar Seoul..tu baru Seoul tau, belum pergi Busan or Jeju Island..Insya-Allah next trip.
Seoul juga bandar yg selamat even kalau travels seorang, cuma kalau boleh before datang tu belajar la sikit bahasa diarong since most of them xtau nak speak in English. Orang2 Korea agak peramah, especially yg tua. Mereka akan menegur walaupun tak berapa pandai cakap English. Rasa seronok sangat. This is one of the memorable trip. Fully recommended untuk melawat Korea, bagi siapa2 yg tercari-cari destinasi pelancongan. Kamsahamnida ^^